Rekaan Nokia XR20 Yang Tahan Lasak Tertiris

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia tengah mengacah pelancaran sebuah peranti yang tahan lasak dan kalis air beberapa hari yang lalu. Hari ini rekaan sebenar peranti ini telah tertiris. Sebelum ini ada ramalan mengatakan peranti yang menggunakan nama Nokia XR20 ini akan meminjam rekaan Nokia X20.

Tetapi dapat dilihat XR20 menggunakan rekaan bonggol kamera berbentuk empat segi dan bukannya bulat seperti X20. Turut dapat dilihat ialah tubuh empat segi, bahagian bucu yang kelihatan seperti bampar penyerap hentakan dan bicu audio 3.5mm.

Peranti ini akan dilancarkan pada 27 Julai hadapan dan dipercayai adalah sebuah peranti kelas permulaan dengan cip Snapdragon 480 sahaja. Dengan pasaran tidak dipenuhi peranti tahan lasak pada waktu ini, mungkin XR20 boleh menawarkan pengguna apa yang diperlukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami