Penerimaan Vaksin Tanpa Janji Temu Di Lembah Klang Selepas 1 Ogos Hanya Untuk Yang Belum Berdaftar

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tular mesej di media sosial pada hujung minggu lalu bahawa suntikan vaksin akan diberikan tanpa memerlukan janji temu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang bermula 1 Ogos 2021. Pihak Jawatan Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 telah tampil dengan kenyataan khas hari ini untuk menjelaskan maklumat yang dikongsi.

Vaksin Covid

Penerimaan tanpa janji temu adalah untuk warga emas yang belum menerima sebarang suntikan sahaja pada waktu ini di Lembah Klang. Selepas 1 Ogos, pemberian vaksin tanpa temu janji (walk-in) adalah hanya untuk mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang membuatkan mereka tidak boleh mendaftar menerusi MySejahtera atau laman vaksincovid.com.my sebelum ini.

Orang ramai di bawah usia 60 tahun masih disarankan untuk melakukan pendaftaran jika mereka mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan. Turut dinyatakan ialah selepas 1 Ogos hanya sesetengah PPV akan menawarkan suntikan tanpa temu janji.

Program Imunisasi Covid-10 Kebangsaan (PICK) menyasarkan kesemua penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos 2021 dan 100% penduduk dewasa Malaysia menerima dos lengkap menjelang Oktober 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami