Gmail Go dilancarkan pada tahun 2018. Ia adalah aplikasi GMail versi ringan, disasarkan kepada peranti Android dengan jumlah RAM yang kecil atau lebih mudah – ia adalah aplikasi emel yang disarankan untuk peranti Android Go. Saiz muat turun Gmail Go adalah sekitar 30MB dengan saiz pemasangan sekitar 65MB, berbanding Gmail dengan saiz 80MB pada muat turun ratusan MB pada saiz pemasangan.
9 Oktober tahun lepas, Google mula menawarkan Gmail Go untuk semua pengguna Android. Tetapi beberapa hari selepasnya, Google menariknya kembali dan menyatakan ia adalah terhad kepada peranti Android Go sahaja. Walaupun aplikasi ini tidak boleh diakses oleh semua orang, ia kini telah mencapai jumlah muat turun lebih 500 juta.

Fungsi asas yang ditawarkan adalah seperti mengintegrasikan banyak akaun, paparan perbualan, boleh hantar fail serta turut menyokong sistem notifikasi. Untuk aplikasi yang begitu asas ini, agak hebat ia boleh mencapai setengah bilion muat turun. Adakah anda di antara pengguna Gmail Go?