Carian
Sony Xperia 1 III Akan Menerima Dua Generasi Kemaskini Android
July 20, 2021 Fahim Zahar

Sony Xperia 1 III adalah peranti mercu terkini Sony yang hadir dengan skrin 6.5-inci OLED pada resolusi 4K dengan nisbah 21:9, menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz, dijana oleh cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Di Malaysia ia dijual pada harga RM5799.

Menurut GSMArena, melalui DroidApp Sony berhasrat untuk menawarkan sekurang-kurangnya dua generasi kemaskini Android dan dua tahun kemaskini. Sedikit berbeza dengan jenama lain yang menawarkan sehingga tiga tahun, atau baru-baru ini Pixel 6 mungkin disokong sehingga lima tahun.

Harapnya hasrat Sony boleh berubah menjadi lebih daripada itu. Untuk membelanjakan wang mencapai hampir RM6K, bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa sekarang. Pada awalnya, Sony tersilap memberi kenyataan yang Xperia 1 III hanya akan menerima satu generasi kemaskini Android sahaja. Agak tidak berbaloi jika belanja hampir 6K, disokong dua tahun sahaja.

Komen