Cari @ Amanz

Laporan terkini dari China kini mengatakan peranti siri Vivo X70 kelak akan dilancarkan dengan cip pemproses isyarat imej (ISP) yang dibangunkan sendiri. Laporan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana Oppo turut dilaporkan sedang membangunkan ISP mereka sendiri sebelum ini.

Penggunaan cip ISP sendiri bukanlah perkara baharu kerana ia telah dilakukan oleh Google menerusi Pixel Visual Core/Pixel Neural Core sejak 2017. Xiaomi turut menghasilkan cip imej tersendiri dan digunakan pada Mi MIX Fold. Dengan cip ISP sendiri, pengeluar boleh melakukan tetapan tersendiri bagi memenuhi keperluan peranti.

Vivo memasarkan peranti dengan gimbal terbina maka ISP buatan sendiri mungkin perlu dihasilkan kerana yang dikeluarkan pihak ketiga tidak direka untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd