Cari @ Amanz

Nord 2 Ialah Peranti OnePlus Pertama Yang Menggunakan ColorOS

Link Copied!

Peminat OnePlus meminati peranti yang dikeluarkan kerana ia adalah minimalis, ringan, hampir kepada asli dan masih menawarkan ciri tambahan yang tiada pada Android asli. Contoh terbaik ialah OxygenOS lebih awal menyokong tema gelap. Tetapi awal bulan ini, OnePlus mengumumkan penyatuan kod OxygenOS dan ColorOS. Ini menimbulkan persoalan apakah yang akan berlaku selepas ini?

Jawapan diketahui sejurus selepas OnePlus Nord 2 mula diberikan kepada pengulas awal di India dan Eropah. Dalam video pandang pertama pengulas awal mengesahkan Nord 2 menggunakan ColorOS dengan sedikit persalinan kulit untuk membuatkannya kelihatan seperti OxygenOS yang asal.

Skrin tetapan misalnya telah disusun semula untuk kelihatan sama seperti ColorOS dan realme UI yang terkini. Bagi pengguna tegar OxygenOS, perubahan ketara dapat dilihat pada perubahan tetapan skrin dan aplikasi kamera. Aplikasi kamera pada Nord 2 adalah sama seperti sebuah peranti Oppo dan Realme seperti tangkapan skrin di atas.

Sungguhpun dilihat sebagai hanya persalinan kulit dengan ciri-ciri OxygenOS masih dikekalkan, sudah ada peminat OxygenOS yang kecewa dengan keputusan ini. Tetapi realitinya dengan OnePlus kembali di bawah naungan Oppo, penyeragaman sistem operasi dilakukan bagi memudahkan pembangunan dan mengurangkan kos.


Komen ()