Carian
Penumpang Roket Swasta Ke Angkasa Lepas Tidak Diiktiraf Sebagai Angkasawan
July 26, 2021 Effi Saharudin

Bulan ini Jeff Bezos dan Sir Richard Branson pergi ke angkasa lepas menggunakan roket yang dibina oleh syarikat swasta milik mereka. Ini membuka era baru pelancongan ke angkasa lepas bagi mereka yang berharta sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menjadi angkasawan. Tetapi pihak Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah mengubah kelayakan sebelum seseorang layak digelar angkasawan minggu lalu.

Berdasarkan kelayakan baharu ini, kesemua penumpang roket swasta ke angkasa lepas seperti Bezos dan Branson tidak diitiraf sebagai angkasawan. Mereka tidak layak untuk menerima sayap angkasawan yang diberikan oleh FAA sejak 2004.

Untuk melayakkan diri digelar angkasawan, penumpang perlu mengawal kenderaan yang digunakan untuk ke angkasa lepas atau terlibat dalam aktiviti yang memastikan keselamatan penumpang. Kapsul Blue Origin New Shepard yang dinaiki Bezos dan tiga penumpang beroperasi secara swapandu. Sementara itu hanya juruterbang da pembantu juruterbang Virgin Galactic sahaja layak menerima sayap angkasawan.

Blue Origin dan New Shepard telahpun menghasilkan sayap angkasawan mereka sendiri yang diberikan kepada pelanggan mereka kerana mungkin menyedari mereka tidak akan diiktiraf oleh FAA. Jadi pada waktu ini status angkawasan yang diiktiraf masih belum boleh dibeli walaupun anda antara manusia terkaya di muka bumi.

Komen