Beberapa minggu lalu, Amazfit telah melancarkan PowerBuds Pro – iaitu set fon telinga nirwayar sebenar mereka yang juga merupakan penjejak kesihatan. Ia merupakan TWS variasi “Pro” mereka kepada PowerBuds dan satu iterasi lebih premium kepad ZenBuds. TWS ini adalah alat bantuan tidur yang dipadatkan dengan pelbagai sensor menarik.
PowerBuds Pro hadir dengan sensor pengimbas nadi, peringatan untuk mengubah posisi duduk untuk kesihatan tulang belakang, ciri pendengaran pintar untuk perlindungan telinga pengguna dan turut mempunyai pembatalan hingar aktif 40db melalui tiga mikrofon terbina.

Ia turut hadir dengan ciri Motion Beat Mode untuk meningkatkan lagi aras suara, berdasarkan pergerakan pemakai ketika melakukan aktiviti senaman. Setiap fon telinga menggunakan rekaan seakan AirPods Pro, dengan tangkainya menyokong kawalan gestur sentuhan, ada sensor menjeda media yang sedang dimainkan serta perlindungan IP55.
Harga jualan rasmi di Malaysia masih belum diumumkan lagi. Amazfit Global menjualnya pada harga $149.99, iaitu sekitar RM620.