Apple Kini Meminta Peniris Maklumat Mendedahkan Pula Sumber Mereka

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat industri kecil di Internet dimana individu meniriskan maklumat peranti yang belum dilancarkan. Semua syarikat menjadi mangsa biasanya tidak mengambil sebarang tindakan. Tetapi tahun ini Apple dan Samsung mula mengambil tindakan guaman ke atas peniris maklumat dari China kerana apa yang dilakukan ini menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Kini menurut laporan Vice, peniris maklumat dari China mula menerima surat daripada Apple supaya mendedahkan pula sumber maklumat mereka. Mereka kemudian diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan kepada Apple. Surat guaman dihantar kerana peniris maklumat kerana mereka didakwa melanggar harta intelek dan mendedahkan rahsia milik syarikat yang kemudiannya membolehkan pesaing menghasilkan produk dengan ciri yang sama.

Beberapa akaun yang meniriskan maklumat telahpun dipadam selepas menerima surat dari Apple ini. Ini mungkin akan menandakan berakhirnya era rahsia Apple terdedah awal seperti ketika zaman Steve Jobs masih hidup dahulu.

Kes paling berprofil tinggi berlaku pada tahun 2010 apabila laman Gizmodo disaman kerana mendedahkan rahsia iPhone 4 yang tercicir di sebuah restoran. Gizmodo kemudiannya dikenakan tindakan mahkamah kerana membeli peranti tersebut secara haram dari individu lain mengakibatkan rumah editor mereka diserbu pihak polis bagi mencari bahan bukti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami