Cari @ Amanz

NASA hari ini dibenarkan untuk meneruskan kontrak kepada SpaceX untuk membangunkan sistem pendaratan manusia (HLS) ke permukaan bulan untuk Misi Artemis. Kontrak bernilai sekitar RM11 ini telah dibantah oleh Blue Origin dan Dynetics yang cuba mendapatkan kontrak yang sama. Tetapi selepas menjalani proses siasatan oleh Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO), tiada sebarang kesalahan ditemui.

NASA berkata Misi Artemis akan diteruskan seperti sasaran asal 2024. Misi pertama tahun ini yang menguji sistem pelancaran ke orbit bumi rendah akan diteruskan sebelum tahun hadapan menghantar angkasawan mengelilingi bulan pula akan dilakukan. Hanya projek HLS SpaceX sahaja tertangguh lebih 70 hari sementara menanti keputusan oleh GAO.

Kontrak yang diberikan kepada SpaceX dibantah kerana dikatakan berisiko tinggi kerana hanya diberikan kepada satu syarikat sahaja. Blue Origin sanggup menawarkan diskaun $2 bilion kepada NASA sekiranya sistem HLS Blue Moon mereka dipilih dengan kos berlebihan jika berlaku akan ditanggung oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd