Cari @ Amanz

Apple mengaktifkan ciri memaparkan bukti vaksinasi di dalam aplikasi Apple Wallet sejak Disember tahun lalu di Los Angles. Kini ciri ini juga disokong untuk penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca di Australia. Kerajaan Australia mula memberikan sijil digital menerusi aplikasi Express Plus Medicare.

Dari dalam aplikasi terdapat ciri untuk mengeksport sijil digital ke dalam Apple Wallet. Ini mungkin diperlukan untuk perjalanan di luar Australia kelak. Ciri mengeksport sijil digital vaksinasi turut diaktifkan pada peranti Android awal bulan lalu tetapi setakat ini kami tidak mengetahui sama ada ia telah digunakan secara meluas ataupun tidak.

Di Malaysia aplikasi MySejahtera adalah satu-satunya cara untuk memaparkan bukti vaksinasi. Tetapi kerajaan akan kelak membenarkan ia dicetak secara fizikal kelak.

Sumber Tap Down Under

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd