Oppo akan memperlihatkan sebuah peranti dengan teknologi kamera di bawah skrin esok. Ini akan menjadi percubaan kedua mereka untuk menggunakan teknologi yang kini semakin matang selepas menjadi pengeluar pertama memperlihatkannya pada tahun 2019.

Poster acah peranti ini telah dikongsi di laman Weibo rasmi tetapi tidak diketahui lagi sama ada ia adalah peranti prototaip ataupun peranti sebenar yang akan dijual kepada orang ramai. Setakat ini ZTE turut telah melancarkan Axon 30 dengan teknologi kamera bawah skrin generasi kedua. Dengan teknologi ini isu takuk dan lubang kamera pada skrin akan dapat diselesaikan.