Carian
Imej Acah Xiaomi Mi MIX 4 Mengesahkan Kamera Bawah Skrin dan Teknologi UWB
August 6, 2021 Effi Saharudin

Mi MIX 4 akan dilancarkan pada 10 Ogos kelak sebagai sebuah lagi peranti mercu premium oleh Xiaomi. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai peranti ini telah didengari sejak sebulan yang lalu. Terkini Xiaomi berkongsi dua poster yang mengacah ciri-ciri menarik pada Mi MIX 4.

Dapat dilihat peranti tidak mempunyai sebarang takuk atau lubang kamera yang ketara. Ini mengesahkan ia akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin seperti ZTE Axon 30 5G yang baru diumumkan. Imej acah kedua juga memberikan petunjuk ia akan menyokong teknologi Ultra Wide Band (UWB) untuk memudahkan kawalan peranti berhubung seperti demo yang dikongsi oleh mereka tahun lalu.

Penggunaannya untuk peranti penjejak objek seakan AirTag dan SmartTag juga adalah pasti kerana Xiaomi sebelum ini dilaporkan akan melancarkan produk yang sama.

Komen