Ahli Politik A.S Ingin Honor Dimasukkan Juga Ke Dalam Senarai Entiti

Diterbitkan pada Ogos 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti di Amerika Syarikat sehingga terpaksa menjual Honor bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan rantaian bekalan mereka. Selepas Honor bergerak sendiri di bawah pengurusan Shenzhen Zhixin New Information Technology, mereka kini kembali mengakses komponen dari Qualcomm dan menggunakan GMS pada peranti Android keluaran mereka.

Menurut laporan South China Morning Post, empat belas orang ahli Dewan Perwakilan AS meminta Jabatan Perdagangan untuk turut memasukkan Honor ke dalam senarai entiti. Menurut mereka, Honor digunakan oleh Huawei untuk masih memintas halangan teknologi bagi mengelakkan ia jatuh ke tagan Parti Komunis China.

Wakil Jabatan Perdagangan A.S mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memahami perspektif ahli Dewan Perwakilan dan pihak mereka sentiasa memantau kesemua maklumat untuk mengenalpasti syarikat yang perlu dimasukkan dalam senarai entiti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami