Cari @ Amanz

Google pada minggu ini membuat kejutan dengan berkongsi secara ringkas berkaitan Google Pixel 6 yang bakal hadir, dijana denga cip pemprosesan mereka tersediri.

Menariknya, lanjutan daripada itu, kini hadir desas-desus baharu mengatakan Google bakal memperkenalkan peranti Pixel 5a pada bulan ini.

Google Pixel 5a bakal menawarkan spesifikasi pertengahan – dan pada masa yang sama membawakan pengalaman penggunaan peranti Pixel daripada Google.

Mengikut info tertiris, Pixel 5a dijangka hadir dengan skrin 6.4-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 90Hz, dijana dengan cip Snapdragon 765G, selain sokongan kalis air IP67 dan juga bicu audio 3.5mm.

Peranti ini juga dijangka dilengkapi dengan bateri 4650mAh, selain memori sehingga 6GB RAM.

Untuk makluman, pihak Google sedia mengesahkan pengenalan Google Pixel 5a untuk tahun ini, dan sama-sama kita nantikan pengenalan peranti ini dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd