Cari @ Amanz

Facebook sedia menawarkan ciri Data Transfer Project yang memudahkan pengguna untuk memindahkan data daripada Facebook ke platform lain. Sebelum ini, laman gergasi sosial berkenaan sedia menawarkan ciri memindahkan gambar dan juga penerbitan nota ke platform lain seperti Google.

Terbaru, hari ini Facebook menambah satu lagi ciri yang membolehkan pengguna membawa keluar data daripada Facebook – iaitu melibatkan Facebook Events.

Melalui ciri ini, pengguna boleh mengalihkan data berkaitan penyenaraian acara Facebook Event ke Google Calendar dengan mudah.

Disamping ciri ini, pengguna juga kini boleh memindahkan gambar mereka ke Photobucket.

Langkah ini dilihat ingin memposisikan Facebook sebagai menyokong penggunaan data terbuka, sekaligus membolehkan data daripada platform mereka dipindahkan ke perkhidmatan lain dengan mudah – serta memberikan lebih kawalan data kepada seseorang pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Facebook Transfer Your Information hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd