Hermeus memperlihatkan konsep psawat penumpang hipersonik mereka pada tahun 2019 yang menyasarkan kelajuan sehingga Mach 5. Mereka kini telah menerima dana $60 juta dari Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) untuk membangunkan pesawat hipersonik untuk kegunaan ketenteraan.

Pesawat yang diberi nama Quarterhorse akan memulakan ujian skala kecil pada tahun 2023 sebelum bergerak ke pesawat swaterbang skala sederhana dengan kemampuan kargo pada tahun 2025. Hanyalah selepas itu pembinaan pesawat penumpang hipersonik akan dibangunkan pada tahun 2029. Kerana kelajuannya yang tinggi, USAF juga sebelum ini menunjukkan minat untuk menggunakannya sebagai pesawat Air Force One kegunaan presiden Amerika Syarikat.

Quarterhouse akan menggunakan pesawat dengan enjin Turbine-based combined cycle (TBCC) yang sebelum ini digunakan pada pesawat supersonik SR-71 Blackbird. Pada kelajuan rendah ia berfungsi seperti sebuah enjin turbojet sebelum berubah ke mod ramjet pada halaju lebih tinggi.