(Ura-Ura) Apple Dilaporkan Guna Cip 3nm Pada iPhone Dan Mac Menjelang 2022

Diterbitkan pada Ogos 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak TSMC sebelum ini sedia menyasarkan pengilangan menggunakan proses 3nm mungkin bermula seawal suku ketiga 2022 kelak. Selari dengannya, kini hadir desas-desus mengatakan Apple mungkin menjadi antara terawal untuk menggunakan cip 3nm pada produk mereka pada 2022 kelak.

Pada masa kini, pelbagai pengeluar telah mula menggunakan cip berasaskan 5nm – yang menawarkan prestasi pemprosesan pantas, dan penggunaan tenaga yang efisien. Dengan perkembagan teknologi, rekaan cip juga semakin mengecil.

Apple iPhone 12

Pihak MediaTek sendiri menyasarkan pengeluaran cip 4nm pada tahun ini, sementara TSMC menyasarkan pengeluaran cip dengan binaan 4nm dan 3nm pada 2022 kelak.

Sekiranya laporan terbaru yang hadir ini benar, maka kita mungkin akan melihat cip 3nm digunakan pada iPad terlebih dahulu – atau mungkin pada Mac. Mengikut spekulasi sebelum ini, iPhone 2022 dijangka mungkin kekal menggunakan binaan 4nm untuk cip bagi memastikan ia dapat mencapai kuantiti pengeluaran dan tidak terkesan disebabkan oleh pengeluaran cip.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tahun 2022 kelak untuk melihat perkembangan arena cip ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami