Siri Galaxy Watch4 akhirnya dilancarkan beberapa hari lepas. Samsung kembali kepada WearOS mengeratkan lagi hubungan mereka dengan Google sambil memberi pengguna pengalaman One UI dengan pengalaman penggunaan Android asli sekali.

Jam ini menjalankan sistem operasi bersatu baharu gabungan Wear OS 3 dan juga Tizen. Ia diberi nama  Wear OS Powered by Samsung. Semua ciri dan fungsi Tizen dikekalkam dan menjadi lebih baik dengan tambahan ciri dan fungsi Wear OS boleh digunakan. Secara tidak langsung menjadikan jam Galaxy Watch bebas digunakan pada semua peranti Android dengan GMS dan tidak terhad pada peranti Samsung sahaja.

Walaupun begitu, Samsung tetap menjadi Samsung dengan produk mereka akan menjadi prioriti. Biarpun berasasakan Wear OS dengan sistem Google, jam ini tidak menyokong pembantu digital Google Assistant dan terhad kepada Bixby sahaja. Google Assistant hanya akan disokong dalam kemaskini akan datang sahaja.

Selain itu, berbeza dengan jam Wear OS lain yang boleh ditambat pada peranti iOS melalui aplikasi Wear OS, siri Galaxy Watch4 terhad kepada peranti Android 7.0 ke atas dengan GMS sahaja. Beberapa aplikasi Google juga akan menjadi terhad kepada Wear OS tiga seperti YouTube Music dan Google Maps.
Syukur Spotify tidak kedekut dan masih pentingkan pengguna Wear OS dengan sokongan muzik dimainkan secara luar talian diberikan baru-baru ini.