Cari @ Amanz

Apple mengaktifkan ciri memaparkan bukti vaksinasi di dalam aplikasi Apple Wallet sejak Disember tahun lalu di Los Angles. Kini ciri ini juga disokong untuk penerima vaksin di Sepanyol bermula minggu ini.

Aplikasi akan memaparkan maklumat seperti jenis vaksin yang diterima, jumlah dos yang diterima, tarikh suntikan, nama penerima, tarikh lahir dan kod QR yang akan memberikan pautan pengesahan sijil digital ini adalah asli. Dengan wujudnya sijil vaksinasi digital, penduduk Sepanyol bebas bergerak di dalam zon Kesatuan Eropah, Switzerland, Iceland, Norway dan Liechtenstein.

Passport digital vaksinasi adalah mandatori di kawasan-kawasan ini sebelum individu dibenarkan bergerak secara bebas. Dengan pengumuman ini Sepanyol mengikuti jejak Australia dan UK yang turut membolehkan sijil vaksinasi diimport masuk ke dalam Apple Wallet.

Di Malaysia aplikasi MySejahtera adalah satu-satunya cara untuk memaparkan bukti vaksinasi. Tetapi kerajaan akan kelak membenarkan ia dicetak secara fizikal kelak.

Sumber 9to5Mac

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd