Carian
Astro Melancarkan Alat Kawalan Ultra Box Dengan Butang Khusus Untuk Netflix
August 23, 2021 Effi Saharudin

Astro hari ini melancarkan alat kawalan jauh Ultra Box baharu yang dilengkapi butang khusus untuk melancarkan Netflix. Dengan butang ini, kandungan Netflix boleh diakses dengan lebih pantas. Astro mengumumkan mereka akan menawarkan kandungan Netflix menerusi Ultra Box pada bulan Jun lalu tetapi tarikh sebenar masih lagi misteri.

Dengan alat kawalan jauh mula ditawarkan, ini adalah petanda paling jelas bahawa sokongan Netflix di Ultra Box dan Ulti Box semakin hampir dilancarkan. Pengguna Ultra Box masih boleh mengakses kandungan Netflix tanpa alat kawalan jauh cuma sedikit lebih sukar. Harga jualan alat kawalan jauh ini dan pakej Netflix bersama Astro juga belum diumumkan.

Astro memgubah strategi tahun ini dengan menyokong perkhidmatan penstriman Netflix, Disney+ Hotstar, iQiyi dan HBO Go terus dengan satu langganan sahaja. Mereka juga mula menawarkan kotak UltraPlug & Play Box yang menstrim kandungan menggunakan Internet tanpa parabola seperti dahulu.

Komen