Siri Xiaomi 11T Akan Menjadi Peranti Global Xiaomi Pertama Tanpa Nama “Mi”

Diterbitkan pada Ogos 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini sudah semakin maju dan semakin hebat dengan sasaran lagi tiga tahun akan menjadi pengeluar telefon nombor satu dunia. Sekarang mereka di tangga kedua dan sasaran Xiaomi bukannya hanya mengeluarkan peranti di Cina seperti dulu, tetapi secara global seperti Apple dan Samsung.

Dengan perubahan logo baharu tahun ini dan mengubah strategi dengan tidak lagi menggunakan nama Mi pada produk mereka – Xiaomi akan lebih fokus kepada pasaran global. Peranti pertama tanpa nama Mi adalah Xiaomi Mix 4 yang dilancarkan sebelum ini.

Terkini, menurut sumber pengganti siri Mi 10T dikatakan akan menjadi peranti global pertama Xiaomi tanpa nama Mi. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan sebagai Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro. Salah satu model peranti ini akan dijana cip MediaTek, skrin AMOLED 120Hz, bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 120W, mempunyai sokongan NFC dan menjalankan MIUI 12.5 berasaskan Android 11.

Pilihan warna dikatakan adalah Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue. Pilihan memori dikatakan adalah 8GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Tidak pasti sama ada peranti ini akan menyokong penambahan memori maya buat masa ini.

Satu lagi bukti yang peranti ini tidak akan menggunakan nama Mi adalah dalam pendaftaran SIRIM yang menyenaraikan peranti dengan nombor model 2107113SG sebagai Xiaomi 11T Pro. Sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dikatakan adalah pada 15 September akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami