Cari @ Amanz

Vivo X70 Pro Akan Dijana Cip MediaTek Dimensity 1200

Link Copied!

Siri Vivo X adalah peranti kelas fotografi daripada Vivo yang cukup berkuasa. Peranti terkini mereka adalah Vivo X60 da X60 Pro yang ada banyak variasi, tetapi di Malaysia Vivo menjual variasi dengan cip Snapdragon 870. Pengganti peranti ini dikatakan adalah siri X70, yang turut akan dilancarkan pada tahun ini juga.

Peranti ini dilaporkan akan menggunakan cip yang sama, tetapi tidak pasti cip daripada model Vivo X60 ang dijual di negara mana. Vivo dilaporkan akan menggunakan cip ISP tersendiri yang digelar Yueying untuk siri X70. Terkini, peranti ini sudah disenaraikan di Google Play Console da beberapa spesifikasi dapat dilihat.

Vivo X70 Pro yang disenaraikan dilihat akan dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200 dengan memori 8GB RAM. Selain itu, skrin adalah FHD+ dengan resolusi 1080×2376 dengan panel AMOLED sama bersaiz 6.56-inci. Selain itu, peranti ini dikatakan akan menggunakan sensor Sony IMX766 50-megapixel pada kamera utama.

Peranti ini juga akan menjalankan Android 11, tetapi tidak pasti kekal dengan FunTouch OS atau akan ada penawaran Origin OS versi global. Pengecasan pula adalah 44W yang dilihat agak perlahan berbanding pesaing yang sudah menggunakan 65W atau 120W.

Sama-sama kita nantikan untuk melihat apakah perubahan pada kamera untuk peranti ini dan adakah ia sehebat model lalu.


Komen ()