Cari @ Amanz

Google mula menggunakan cip ISP Pixel Visual Core keluaran sendiri pada Pixel 2 dan 2 XL bagi memberikan prestasi fotografi yang terbaik untuk sebuah telefon pintar. Kini trend yang dimulakan oleh Google juga digunakan oleh Xiaomi dengan cip Surge C1 pada Mi MIX Fold. Terkini menurut laporan ITHome, Vivo turut telah membangunkan cip ISP mereka tersendiri.

Cip yang diberi nama Yueying ini dipercayai akan digunakan pada Vivo X70 kelak. Siri X memang terkenal sebagai peranti kelas fotografi oleh Vivo. Dengan cip ISP tersendiri, mereka mempunyai kawalan lebih baik untuk sistem kamera yang digunakan tanpa halangan dari pembuat cip seperti Qualcomm, Exynos dan MediaTek.

Berita ini tidaklah mengejutkan kerana pada Julai lalu Oppo turut dilaporkan membangunkan cip ISP mereka sendiri. Vivo dan Oppo beradi di bawah payung BBK Electronics yang secara kebiasaannya apabila satu syarikat melakukan sesuatu, syarikat lain akan menyusul. Mungkin selepas ini Realme dan OnePlus pula akan menggunakan cip ISP tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd