Cari @ Amanz

Berita tentang tentang siri Vivo X70 sudah acapkali kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Kini, berita mengenainya kembali kedengaran menerusi beberapa laporan terkini yang sedikit demi sedikit mula mendedahkan penawaran pada peranti. Antaranya seperti ia dipercayai menggunakan cip ISP Yueying buatan sendiri. Perkembangan lain pula, ia kemudiannya ditemui dalam senarai Google Play Console dengan cip MediaTek Dimensity 1200 pula.

Walau bagaimanapun, ia tidak terhenti sehingga di situ apabila imej pengolokan untuk Vivo X70 Pro kini tertiris menerusi laman 91 Mobiles. Kemasan pada bahagian depan serta belakang peranti itu dilihat kemas dan ringkas . Panel hadapan dilengkapi rekaan skrin berlubang pada bahagian tengah.

Seterusnya, ia turut memperlihatkan sokongan kuad-kamera utama di belakang bersama dua sensor dengan saiz yang besar menjadi titik fokus pada modul kamera tersebut. Seterusnya, kameranya juga dipercayai menggunakan lensa daripada Zeiss ekoran terdapatnya penjenamaan berkenaan.

Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan laras audio. Seterusnya, port sambungan USB Type-C, pembesar suara dan ruang slot SIM pula berada di bahagian bawah peranti. Imej dikongsi memperlihatkan Vivo X70 Pro dalam kemasan bewarna biru. Tetapi, kita boleh menyasarkan akan terdapatnya beberapa lagi pilihan warna lain yang ditawarkan kelak.

Sumber : OnLeaks

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd