Di awal kemunculan siri Samsung Galaxy S21 5G, jenama bertaraf global ini berjaya mencuri perhatian ramai peminat gajet di segenap pelusuk dunia. Ironinya, Malaysia juga tidak terkecuali apabila sehingga ke hari ini orang masih bercakap mengenainya. Ia dilihat mendapat komen yang baik dan positif apabila rata-rata memuji penawaran serta kehebatan pada telefon pintar ini.
Okay, kalau anda berkira-kira nak memiliki mana-mana model daripada siri Samsung Galaxy S21 5G. Inilah masa terbaik kerana Samsung kini sedang mengadakan promosi hebat untuk siri Samsung Galaxy S21 5G bersempena musim kemerdekaan ini. Di mana, anda boleh memilikinya dengan potongan harga jauh lebih rendah sehingga RM500 berbanding harga semasa. Ini menjadikan anda boleh membeli kesemua peranti ini pada harga yang disenaraikan di bawah :
- Samsung Galaxy S21 5G (8GB + 128GB) – RM2,999
(RM3,499) - Samsung Galaxy S21 5G (8GB + 256GB) – RM3,199
(RM3,699) - Samsung Galaxy S21+ 5G (8GB + 256GB) – RM3,799
(RM4,299) - Samsung Galaxy S21 Ultra 5G (12GB + 256GB) – RM4799
(RM5,299) - Samsung Galaxy S21 Ultra 5G (16GB + 512GB) – RM5,399
(RM5,899)
Faedah Menarik Dengan Samsung Advantage
Menarik bukan? Kiranya, anda boleh berjimat habis-habisan! Tidak habis disitu, ia menjadi lebih menarik apabila Samsung turut menawarkan jaminan pelindungan berpanjangan untuk peranti menerusi keahlian eksklusif, Samsung Advantage. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Samsung Advantage adalah suatu penyelesaian khusus bagi membantu anda menguruskan pelbagai sesuatu isu atau perkara berkaitan peranti keluaran Samsung dengan efisien.

Apa yang boleh dikatakan, ia cukup istimewa dan jauh berbeza dengan sejumlah penawaran daripada pengeluar lain. Pada masa sama, ia juga tidak mengenakan sebarang caj atau kos tambahan yang membebankan kerana secara umumnya, lebih banyak kelebihan yang anda boleh perolehi daripadanya. Misalnya, pelindungan yang menyeluruh untuk kerosakan dengan jaminan penggantian perkakas yang tulen menerusi Samsung Care+. Seterusnya, jaminan perkhidmatan dan sokongan sepanjang masa.
Anda juga perlu tahu, Samsung Advantage ini bukan sekadar memberi jaminan pelindungan sahaja tetapi ia juga menyedikan pelbagai ganjaran kepada anda. Melaluinya, anda boleh menikmati lebih banyak promosi, tawaran istimewa dan inisiatif khusus. Antaranya seperti seperti sesi percubaan peranti terpilih secara percuma untuk tempoh masa tertentu menerusi Free Trial Programme.
Telefon Hebat, Kepuasan Berganda
Anda mahu tahu apa lagi yang menarik dengan promosi ini? Sudah tentulah pada telefon pintar siri Samsung Galaxy S21 5G itu sendiri. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam beberapa perenggan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa siri Samsung Galaxy S21 5G boleh dianggap sebagai telefon pintar serba boleh – baik dari segi memudahkan kebanyakan urusan harian, mahupun memberi kepuasan penggunaan yang berganda. Setiap satu fungsi dan ciri yang disertakan pada model-model ini mempunyai nilai dan sifat yang tersendiri. Ini sangat menepati cita rasa para pengguna yang bermacam-macam ragam.

Samsung Galaxy S21 5G boleh dikatakan bersesuaian untuk mereka yang mahukan sebuah telefon pintar dengan saiz yang tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Ia mempunyai saiz skrin berukuran hadir dengan skrin 6.2-inci FHD+ Dynamic AMOLED 2x. Ia kemudiannya, dijana dengan cip Exynos 2100, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4000mAh. Ia juga menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 64MP, manakala kamera swafoto pula 10MP.
Bercakap mengenai Samsung Galaxy S21+ 5G pula, ia menawarkan saiz yang sedikit lebih besar berbanding Galaxy S21 5G. Namun begitu, idea susun atur binaannya cukup kemas dan kena dengan gaya penggunaan yang pelbagai. Ia dilengkapi skrin 6.7-inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X. Seterusnya, memori sehingga 8GB RAM, storan 256GB, bateri 4,800mAh. Tetapi kamera pula adalah 12MP + 12MP + 64MP serta kamera swafoto 10MP.

Kalau anda mahukan yang lebih baik, seterusnya adalah Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Tidak dinafikan, ia merupakan model dengan spesifikasi cukup baik di antara adik-beradiknya yang dinyatakan tadi. Saiznya yang agak besar juga lebih sesuai dijadikan pilihan oleh mereka yang begitu gemar dengan telefon pintar besaiz gergasi.
Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dilengkapi skrin 6.8-inci WQHD+ Dynamic AMOLED 2x. Ia seterusnya dijana cip Exynos 2100, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5000mAh. Ia juga menggunakan kamera dengan tetapan 108MP + 12MP + 10MP + 10MP dan kamera swafoto pula 40MP.

Apa yang menjadikan siri Samsung Galaxy S21 5G ini lebih menarik adalah sokongan rakaman video dengan resolusi setinggi 8K. Menurut Samsung, ia direka khusus bagi merevolusikan pengalaman fotografi dan videografi mudah alih. Dengan ini, pengalaman penggunaan akan menjadi lebih baik dan anda boleh merakam pelbagai saat-saat indah bersama tersayang dalam bentuk video yang jelas, terang dan cantik.
Jadi tunggu apa lagi? Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk anda merebut promosi menarik ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jangan lupa juga kongsikan berita menarik ini bersama-sama rakan yang lain agar sama-sama dapat menikmatinya. Maklumat lanjut layari pautan di bawah.
- Info Lanjut : Diskaun RM500 Siri Samsung Galaxy S21
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia