Google Mula Menyiasat Isu Pemanasan dan Sentuhan Pada Pixel 5a
August 31, 2021
Google
Effi Saharudin
Beberapa minggu yang lalu pengguna Google Pixel 5a melaporkan isu peranti menjadi panas apabila rakaman video dilakukan. Isu dianggap serius kerana aplikasi kamera akan berhenti beroperasi sehinggalah suhu menurun. Kini wujud pula isu baharu dimana peranti mengesan sentuhan yang tidak dilakukan oleh pengguna terutamanya di bahagian skrin bawah.
Menurut Slashgear, Google telah memulakan siasatan keatas kedua-dua isu yang dilaporkan oleh pengguna. Pada waktu ini isu hanya melibatkan sebilangan kecil pengguna sahaja tanpa keperluan membuka program khas gantian seperti yang diumumkan Apple mengenai isu speaker beberapa hari yang lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.