Cari @ Amanz

Apple Watch Series 7 tahun ini akan menggunakan rekaan baharu dengan sisi dan skrin yang lebih rata serta tubuh yang lebih berkotak. Ia kini lebih konsisten dengan rekaan iPads Pro, iPhone 12 dam iMac M1 yang baru sahaja dilancarkan. Tetapi perubahan ke rekaan ini telah menyebabkan jualannya mungkin ditangguh menurut laporan Nikkei Asia dan Bloomberg.

Dalam proses pengilangan awal, pelbagai isu kualiti ditemukan pada produk yang dihasilkan. Kerana ia tidak memenuhi piawaian Apple, mereka kini meminta pengeluar untuk memperhalusi proses pengilangan sedia ada supaya tiada isu berlaku pada Apple Watch yang dijual kelak. Pada waktu ini pengeluaran dikatakan telah dihentikan seketika bagi menyelesaikan isu berbanding.

Apple Watch Series 7 dipercayai akan ditawarkan dengan saiz lebih besar 42mm da 45mm tahun ini kerana tubuh yang lebih berkotak. Tiada ciri tambahan akan diperkenalkan menurut beberapa maklumat yang telah tertiris tetapi Apple mempunyai perancangan membawakan pengesan gula dalam darah seawal 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd