Google Sedang Membangunkan Cip Untuk Komputer Riba Dan Tablet

Diterbitkan pada Sep 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia mengumumkan penggunaan cip yang dibangunkan sendiri untuk telefon pintar Pixel 6 akan datang. Menariknya, selain telefon pintar, Google juga kini dilaporkan sedang membangunkan cip CPU tersendiri untuk digunakan pada komputer riba dan juga laptop.

Cip ini dijangka akan menjana komputer riba dan tablet yang menjalankan Chrome OS, seawal 2023 kelak.

Google Tensor

Fokus pihak Google ini selari dengan peralihan dunia teknologi yang mula memfokuskan kepada pembangunan cip tersendiri – sekaligus menawarkan lebih kawalan dalam pembangunan dan pengoptimasian perisian.

Pelbagai pihak sedia membangunkan cip tersendiri, termasuk Apple, Amazon, Facebook, dan sebagainya.

Google turut dijangka membangunkan cip berasaskan rekaan ARM, sekaligus menawarkan pengoptimasian kuasa, dan penggunaan tenaga yang efisien.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Chromebook menggunakan cip Google tersendiri dalam beberapa tahun lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami