Cari @ Amanz

Xiaomi kini maju setapak lagi untuk melancarkan kereta elektrik pertama mereka dengan pendaftaran rasmi syarikat Xiaomi EV inc. Syarikat dengan modal berdaftar RMB 10 bilion (~RM 6.4 bilion) ini mempunyai 300 kakitangan. Pendaftaran dilakukan beberapa minggu selepas Xiaomi mengambi alih firma teknologi swapandu DeepMotion.

Bagi merealisasikan impian melancarkan kereta elektrik pertama mereka dalam masa tiga tahun, Xiaomi dilaporkan melakukan pertemuan dengan beberapa syarikat automotif. Terdapat ura-ura mereka ingin mengambil alih perniagaan automotif dari syarikat Evergrande yang sedang mengalami masalah kewangan. Evergrande memegang 45% saham syarikat kereta elektrik Faraday Future yang juga bermasalah selepas gagal melancarkan kenderaan yang diperlihatkan empat tahun lalu.

Sumber Reuters

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd