Cari @ Amanz

Saman datang tanpa henti ke atas apa dan minggu sebuah lagi saman kelompok perlu dihadapi oleh Apple di California. Saman asal difailkan oleh syarikat Primary Productions yang menghasilkan aplikasi dengan ciri dompet rantaian blok terbina. Namun begitu aplikasi telah ditolak kerana pengenalan ciri ini menurut plaintif.

Kes kini bersedia untuk didengari di California dengan hakim telahpun dipilih. Dalam writ saman yang difailkan, Apple melanggan undang-undang termasuk Akta RICO yang lebih sinonim digunakan di Amerika Syarikat untuk menjatuhkan organisasi jenayah terancang seperti Mafia. Saman kelompok sebanyak $200 bilion (~RM830 bilion) dengan $900 juta (~RM 3.7 bilion) diminta sendiri oleh Primary Productions.

Primary Productions tidak berpuas hati dengan amalan perniagaan yang didakwa adalah ‘monopoli secara senyap’. Tindakan Apple meminta bayaran pembangun, mengambil komisen, menawarkan berkas perkhidmatan sendiri yang lebih murah, pembelian aplikasi pihak ketiga, pengharaman pembangun, menolak aplikasi dan pelbagai isu yang lain dilihat sebagai tidak adil.

Dalam masa dua minggu yang lalu sahaja Apple melakukan pelbagai perubahan ke atas polisi App Store bagi menyelesaikan saman kelompok dan siasatan yang dilakukan oleh badan antipakat. Antaranya ialah membenarkan pendaftaran dan pembayaran di luar App Store untuk aplikasi ‘membaca’ dan penubuhan tabung $100 juta untuk pembangun kecil.

Sumber Apple Insider

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd