Pengasas JD.com Richard Liu Menarik Diri Dari Urusan Harian Syarikat

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Richard Liu Qiangdong ialah antara bilionwan ternama di China selepas menubuhkan laman edgang JD.com dan juga merupakan ketua pegawai eksekutif. Oleh sebab itu beliau menerima nama jolokan Jeff Bezos China. Seperti Bezos, Liu juga akan menarik diri dari melakukan urusan harian syarikat milik beliau.

Tugas urusan harian akan dipegang oleh Xu Lei yang dilantik sebagai presiden syarikat. Liu akan memberikan tumpuan kepada mencari bakat baru dalam syarikat dan mengembangkan perniagaan lain syarikat. Dengan pengumuman ini, seorang lagi nama besar dunia teknologi China mula melepaskan urusan harian syarikat.

Sebelum ini pengasas Bytedance Zhang Yiming telah melepaskan jawatan sebagai CEO untuk meneroka strategi jangka panjang syarikat dan sebelum ini Jack Ma pengasas AliBaba mengumumkan persaraan dari bidang perniagaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami