Carian
Epic Games Meminta Apple Mengembalikan Fortnite Ke App Store Korea Selatan
September 10, 2021 Effi Saharudin

Korea Selatan telah meluluskan RUU yang memaksa pemilik stor aplikasi membenarkan pembayaran di luar ekosistem kendiri syarikat seperti Appe dan Google bulan lalu. Dengan ini kedua-dua syarikat tidak lagi boleh mengambil potongan sehingga 30% dari pembayaran yang dilakukan menerusi pembelian dalam aplikasi (IAP).

Dengan RUU kini berkuasa kuasa, Epic Games telah meminta Apple supaya mengembalikan semula akaun pembangun mereka serta aplikasi Fortnite di App Store Korea Selatan. Aplikasi dibuang dari App Store selepas Epic menggunakan sistem pembayaran IAP mereka sendiri tahun lalu. Sekiranya Fortnite kembali ke App Store, Epic Games akan menawarkan IAP kepada pelanggan menggunakan sistem mereka sendiri dan App pada waktu yang sama sebagai pilihan.

Penarikan aplikasi Fortnite dari App Store dan Play Store menyebabkan dua-dua syarikat teknologi besar ini diheret ke mahkamah oleh Epic Games. Ia juga menyebabkan amalan perniagaan App Store mendapat perhatian badan pencegahan antipakat beberapa negara seperti Jepun, India dan Kesatuan Eropah.

Komen