Epic Games Perlu Membayar Ganti Rugi Kepada Apple Kerana Memintas Sistem Pembayaran Apple Dalam Fortnite

Diterbitkan pada Sep 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam mahkamah di Amerika Syarikat mengeluarkan arahan injunksi ke atas Apple supaya tidak menghalang pembangun dari menawarkan sistem pembayaran dalam aplikasi mereka sebagai alternatif kepada sistem App Store. Ia dilihat sebagai keputusan besar yang memihak kepada Epic Games. Namun begitu tidak kesemua keputusan berpihak kepada mereka.

Hakim yang sama mengarahkan Epic Games supaya membayar ganti rugi kepada Apple kerana sistem pembelian dalam aplikasi (IAP) Fortnite jelas melanggar terma dan syarat App Store yang berkuat kuasa sebelum ini. Mereka perlu membayar sehingga 30% bayaran yang diterima menerusi sistem IAP mereka kepada Apple.

Mahkamah juga mendapati Apple tidak perlu mengembalikan semua akaun pembangun Epic Games yang telah dibatalkan kerana kesalahan yang sama. Ini akan membuatkan Apple mungkin tidak perlu mengambil perhatian kepada permohonan Epic Games supaya Fortnite dikembalikan ke App Store negara Korea Selatan seperti yang kami laporkan semalam.

Sumber 9to5 Mac

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami