Unifi Menamatkan Penyiaran 17 Saluran Disney Bermula 1 Oktober 2021

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disney sedia menawarkan akses kepada perkhidmatan penstriman video mereka, Disney Hotstar+ sejak beberapa bulan yang lepas. Selari dengannya juga, beberapa saluran linear mereka telah ditamatkan siaran di Asia Tenggara.

Selepas Astro menamatkan akses kepada saluran linear Disney di Malaysia, kini Telekom Malaysia turut mengumumkan mereka akan menamatkan penyiaran 17 saluran Disney di Unifi TV.

17 saluran berkenaan adalah Fox, Fox Life, FX, SCM Legend, SCM, Star Chinese Channel, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Movies, Nat Geo People, National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Baby TV, Sky News, FOX Sports, Fox Sports 2, dan juga Fox Sports 3.

Pengumuman ini dilakukan selari oleh Unifi dengan pengenalan 12 saluran baharu, selain akses kepada 7 aplikasi penstriman terus melalui Unifi TV bermula 1 Oktober 2021 kelak.

TM menyasarkan penamatan saluran Disney ini akan memberikan impak minima kepada pelanggan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami