Realme UI 3.0 Akan Dilancarkan Pada Bulan Oktober Akan Datang

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ColorOS 12 berasaskan Android 12 telah pun dilancarkan minggu lalu. Ia hadir dengan perubahan drastik dari segi antaramuka, membawa lebih banyak ciri dan fungsi baharu menarik serta menyertakan banyak fokus terhadap privasi dan sekuriti. Selain itu, untuk pengguna OnePlus – Oxygen OS dan ColorOS dikatakan akan digabungkan menjadi satu.

Terkini, satu lagi jenama di bawah BBK Electronics iaitu Realme telah mengesahkan yang mereka juga akan hadir dengan sistem operasi baharu – Realme UI 3.0. Ia diumumkan semasa pelancaran Realme GT Neo2 tempoh hari.

Tiada sebarang informasi sama ada Realme UI 3.0 ini akan menggunakan asas Color OS 12 ataupun mereka akan kembali kepada rancangan asal untuk hadir sepenuhnya secara tersendiri. Beberapa spekulasi mendakwa yang Realme UI 3.0 turut akan dibina berasaskan Android 12 dan hanya akan diedarkan secara berperingkat sehingga pertengahan tahun 2022 akan datang.

Dengan Realme Pad yang telah dilancarkan, tidak terkejut jika Realme UI 3.0 akan hadir dengan ekosistem di antara Android yang lebih baik seperti Realme GT dan Realme Book. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami