Syarikat ‘Kereta Terbang Malaysia’ Kini Ialah Syarikat Perkhidmatan Dron Nombor Satu Dunia

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aerodyne Group ialah nama syarikat yang tular dua tahun yang lalu apabila ia dikaitkan dengan projek pembangunan kereta terbang pertama Malaysia. Laporan ini kurang tepat kerana Aerodyne sebenarnya ingin membangunkan dron kargo besar untuk sistem penghantaran dan model dron penumpang Vector yang diperlihatkan di reruai LIMA 2019 hanyalah sekadar konsep.

Syarikat yang sama kini telah dinobatkan sebagai syarikat perkhidmatan dron (Drone as a Service) nombor satu dunia dalam senarai yang diterbitkan oleh Drone Industry Insights. Aerodyne diletakkan di tangga pertama dalam senarai yang mengandungi 400 syarikat dari seluruh dunia. Syarikat Malaysia ini berjaya memintas Terra Drone dari Jepun yang sebelum ini di tempat pertama dua tahun berturut-turut.

Syarikat perkhidmatan dron menawarkan perkhidmatan dron mereka kepada pihak ketiga untuk kegunaan industri seperti pemantauan menara elektrik, pelantar minyak dan banyak lagi. Sebagai contoh tahun lalu Aerodyne menandatangani perjanjian dengan DHL untuk mengkaji penggunaan dron untuk penghantaran barangan di Malaysia. Kejayaan Aerodyne menjadi syarikat nombor satu dunia ini adalah membanggakan kerana senarai ini didominasikan syarikat yang berpangkalan di UK dan A.S. Tahniah Aerodyne.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami