Apple iPhone 14 Bakal Hadir Dengan Rekaan Serba Baharu

Diterbitkan pada Sep 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun iPhone 13 baru sahaja dilancarkan, dan akan dipasarkan di Malaysia bermula 8 Oktober kelak, namun kita telah mula mendengar sejumlah desas-desus berkenaan dengan iPhone 14.

Terbaru, melalui Bloomberg, ia sekali lagi ditekankan yang mana iPhone 14 akan hadir dengan rekaan serba baharu.

Pihak Apple sendiri sedia mengikut jadual pengenalan rekaan baharu setiap dua generasi telefon pintar mereka. Mengikut desas-desus awal, iPhone 14 dijangka memperkenalkan skrin berlubang kecil untuk menyertakan kamera hadapan – sekaligus menggantikan rekaan takuk sebelum ini.

Malah, sebelum ia turut diperkatakan yang mana iPhone 14 akan mengambil sejumlah inspirasi rekaan berasaskan iPhone 4 sebelum ini. Ura-ura terbaru turut mengatakan ia tidak akan menyertakan bongol kamera seperti pada iPhone masa kini.

Dengan pihak Bloomberg turut berkongsi info terbaru ini, ia kini lebih kukuh, dan sama-sama kita nantikan kejutan rekaan baharu yang bakal dibawakan oleh Apple melalui iPhone 14 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami