DARPA Mengumumkan Kejayaan Melancarkan Peluru Berpandu Hipersonik Dengan Kelajuan Mencecah Mach 5

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DARPA telah mengumumkan kejayaan melancarkan peluru berpandu hipersonik pertama mereka untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) minggu lalu. Peluru berpandu yang dibangunkan di bawah program Hypersonic Air-breathing Weapon Concept (HAWC) dilancarkan dari sebuah pesawat yang dirahsiakan dan kemudian berjaya terbang pada kelajuan melebihi Mach 5 (~6000 kmh/j).

Untuk mencapai kelajuan yang tinggi ini, HAWC dilengkapi enjin scramjet yang dibangunkan menerusi pengalaman projek pesawat kajian X-30, X-43 dan X-51 Waverider. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, HAWC dibina oleh Raytheon sebagai sistem senjata yang sukar ditangkis oleh musuh kerana tiada sistem pertahanan sedia ada boleh memintasnya.

Ia adalah jawapan Amerika Syarikat kepada peluru berpandu hipersonik 3M22 Zircon yang sedang diuji Rusia yang mampu mencecah kelajuan Mach 7 pada bulan Julai yang lalu. Selain HAWC, Amerika Syarikat juga membangunkan AGM-183A Air-launched Rapid Response Weapon (ARRW) dengan kelajuan sehingga Mach 10 dan Supersonic Propulsion Enabled Advanced Ramjet (SPEAR) untuk Tentera Laut mempertahankan pesawat pengangkut kapal terban,

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami