Cari @ Amanz

Polis Diraja Malaysia kini telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlakunya kebocoran data peribadi awam, kononnya menerusi data daripada JPN dan LHDN.

Untuk makluman, sebelum ini, ia telah didapati salah seorang penjual di forum mendakwa yang mana mempunyai 4 juta data melibatkan orang awam, dikatakan dihimpunkan menerusi laman LHDN melalui API myIDENTITY.

Pihak LHDN menafikan dakwaan berkenaan, dan mengatakan LHDN hanya pengguna dan bukannya pemilik sistem myIDENTITY berkenaan.

Menurut pihak PDRM, mereka telah menerima laporan dariapda Timbalan Pengarah JPN, dan turut akan mendapatkan laporan daripada bahagian teknologi maklumat JPN. Polis juga akan memeriksa sistem JPN serta LHDN untuk mengenal-pasti dimana kebocoran data awam berkenaan.

PDRM mengatakan akan memperhalusi dakwaan daripada pelbagai sudut.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd