Carian
Perkhidmatan Penstriman Video Dimsum Menamatkan Operasi Hari Ini
September 30, 2021 Aman

Star Media Group sedia mengumumkan perubahan langkah strategik mereka beberapa sebelum ini, sekaligus turut mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan penstriman video mereka, Dimsum.

Hari ini, 30 September 2021, Dimsum telah pun menamatkan operasinya, sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi boleh mengakses perkhidmatan penstriman video berkenaan.

Sebelum ini, Dimsum menawarkan sejumlah kandungan dari rantau Asia untuk ditonton, selain berita dan juga kandungan berbentuk pembelajaran.

Arena penstriman video menghadapi cabaran dan persaingan sengit daripada pelbagai penyedia akhir-akhir ini, termasuk daripada Netflix, Disney, HBO, dan sebagainya. Di Malaysia sendiri, Astro masih menawarkan perkhidmatan Sooka mereka, sementara iFlix yang memulakan operasi suatu ketika dahulu telah pun menjualnya.

Komen