Nreal Air Diperkenalkan – Kaca Mata Realiti Terimbuh Untuk Maratonton Video

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nreal adalah syarikat yang membangunkan kaca mata realiti terimbuh Nreal Light. Ia mula diperlihatkan semasa acara MWC di Shanghai dan dijual pada harga sekitar RM2500. Kaca mata realiti terimbuh mereka ini perlu disambungkan pada telefon pintar pengguna yang dijana cip pemprosesan Snapdragon.

Terkini, mereka telah melancarkan Nreal Air. Kaca mata “realiti terimbuh” khusus untuk menikmati kandungan hiburan daripada peranti pengguna. Ia hadir dalam rekaan kaca mata hitam dan reka bentuk seakan Facebook Ray-Ban Stories. Teknologi utama pada Nreal Air dikatakan sama dengan Nreal Light, menggunakan skrin mikro-OLED 90Hz + 49 PPD, dan perlu sambungan kabel ke peranti.

Ia tidak mempunyai kamera di bahagian luar untuk penjejakan kawalan gestur tangan pengguna. Malah kawalan adalah 100% pada peranti pengguna. Perkara yang menjadikannya realiti terimbuh adalah aplikasi dan kandungan peranti pengguna .

Paparan boleh menjadi sehingga 130-inci atau 201-inci, dan jika ada rakan atau pengguna lain menggunakannya – terdapat sokongan tonton bersama-sama melalui teater maya. Nreal Air disasarkan untuk menyokong iPhone, iPad dan beberapa peranti Android dengan 5G terpilih.

Ia akan mula dijual pada Disember ini di Jepun, China dan Korea Selatan pada harga lebih murah daripada Nreal Light.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami