Carian
Ini Adalah Peranti OnePlus Yang Akan Menerima Kemaskini Android 12 – Hanya 13 Peranti Setakat Ini
October 5, 2021 Fahim Zahar

Bulan lepas OnePlus telah mengumumkan inisiatif OnePlus 2.0, yang mana pasukan di sebalik OxygenOS dan ColorOS telah digabungkan – sekaligus merancang untuk kemaskini akan datang yang akan menyatukan kedua-duanya. Melalui gabungan ini, mereka berhasrat ingin menawarkan sistem operasi yang lebih baik, stabil, dan lancar

Oxygen OS 12 beta terbuka pertama berasaskan Android 12 sudah pun dimulakan pada OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Ia memperlihatkan banyak elemen Color OS 12 termasuk pada logo. Terkini OnePlus telah mengesahkan senarai peranti mereka yang akan menerima kemaskini Android 12 atau sekurang-kurangnya dapat menguji versi beta tidak lama lagi.

  • OnePlus 9, 9 Pro, and 9R
  • Nord 2
  • OnePlus 8T
  • Nord
  • Nord CE
  • OnePlus 8 and 8 Pro
  • OnePlus 7T and 7T Pro
  • OnePlus 7 and 7 Pro

Agak menarik untuk melihat beberapa OnePlus Nord turut akan menerima kemaskini ini. Begitu juga dengan siri OnePlus 7 dan OnePlus 7T. Bila ia akan ditawarkan masih tidak pasti lagi, tetapi buat masa ini ujian beta terhad kepada OnePlus 9 sahaja.

Sama-sama kita nantikan.

Komen