Carian
Realme GT Neo2 Versi Eropah Dan India Akan Menjadi Peranti Realme UI 3.0 Berasaskan Android 12 Pertama Realme
October 6, 2021 Fahim Zahar

Realme GT Neo2 baru sahaja dilancarkan di China bulan lalu sebagai pengganti kepada GT Neo pertama. Peranti ini merupakan peranti gaming Realme sebenar dengan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 870, skrin AMOLED E4 120Hz, memori sehingga 12GB RAM dan mempunyai enjin getaran haptik generasi kedua.

Skrin6.62″ AMOLED, 120Hz, FHD+
Cip PemprosesanSnapdragon 870
Memori & StoranSehingga 12GB RAM
Sehingga 256GB UFS 3.1
KameraBelakang
64+8+2 Megapixel
Hadapan
16 Megapixel
Bateri5000mAh
Pengecasan pantas berwayar 65W
AudioSistem stereo + 360 darjah
Lain-LainEnjin getaran Tactile 2.0
HargaSekitar RM1600-RM2000

Di China, peranti ini menjalankan Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Tetapi menurut GSMArena, variasi Eropah dan India akan terus hadir dengan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Berdasarkan imej peranti yang sumber terima, ia dilihat dengan jelas yang Realme GT Neo2 yang mungkin juga versi global ini menjalankan sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Ia juga dilihat masih mirip dengan ColorOS 12 yang dilancarkan di China serta mempunyai sedikit persamaan dengan Oxygen OS 12 beta terbuka pertama yang ada pada siri OnePlus 9.

Sumber turut menyatakan Realme UI 3.0 hanya akan ditawarkan kepada siri Realme GT terlebih dahulu melalui kemaskini akan datang. Tetapi nampaknya peranti terbaru ini akan terus hadir dengan sistem yang lebih baru. Persoalannya, jika ColorOS dan Oxygen OS bergabung – bagaimanakah Realme UI 3.0 pula? Realme UI masih lagi berasaskan Color OS.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai kehadiran peranti ini serta kemaskini Realme UI 3.0 akan datang.

Komen