Peranti Realme Dengan Pengecasan 125W Dijangka Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia memperlihatkan teknologi pengecasan adipantas 125W sekitar bulan Julai yang lalu. Tidak lama kemudian, terdapat ura-ura mengatakan Realme bakal melancarkan peranti pertama dengan pengecasan berkenaan. Namun sehingga kini, ia masih belum diperkenalkan lagi.

Pun begitu, persoalan mengenai perkara ini seperti semakin terjawab menerusi perkongsian laporan terkini oleh GSMArena. Ketua pegawai eksekutif Realme, Madhav Sheth dalam satu temu bual bersama GSMArena mendedahkan bahawa Realme akan mula mengkomersialkan pengecasan adipantas 125W berkenaan sekitar tahun hadapan.

Pada masa sama, Sheth juga menyatakan bahawa Realme dalam perancangan untuk peranti mercu baharu di bawah siri GT. Tetapi, tiada sebarang maklumat lanjut yang mengenainya yang dikongsi. Masih tidak diketahui, sejauh mana kebenaran untuk spekulasi ini. Sama-sama kita nantikan.

Bagi menyentuh sedikit mengenai teknologi pengecasan adipantas 125W, ia dikatakan boleh mengecas bateri berkapasiti 4,000mAh sehingga 33% dalam hanya 3 minit sahaja. Penggunaannya juga tidak terhad pada peranti semata-mata, tetapi turut menyokong peranti lain seperti komputer riba.

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami