Nothing Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Pada Awal 2022

Diterbitkan pada Okt 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing sedia memperkenalkan fon telinga nirwayar mereka, yang telah pun mula dijual di Malaysia. Selain daripada itu, kini hadir laporan terbaru mengatakan Nothing bakal melancarkan telefon pintar pertama mereka pada awal 2022 kelak.

Buat masa ini, spesifikasi dan penawaran telefon pintar Nothing masih menjadi misteri. Untuk makluman, sebelum ini Nothing telah mendapatkan syarikat Essential yang pernah melancarkan telefon pintar beberapa tahun lepas, dan menerima maklumbalas serta komen positif daripada orang ramai.

Laporan baharu ini hadir selari dengan kerjasama Nothing dan Qualcomm yang turut diumumkan pada minggu ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan telefon pintar Nothing, dan bagaimanakah rekaannya kelak akan jauh berbeza dengan peranti lain di pasaran hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami