Cari @ Amanz

TCL Melancarkan Cermin Mata Pintar Thunderbird Dengan Skrin MikroLED

Link Copied!

Sebuah lagi cermin mata pintar dilancarkan kali ini oleh TCL pula. TCL Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition dilengkapi skrin MikroLED yang membolehkan imej maya dipancarkan terus pada kaca cermin mata secara realiti terimbuh.

Rekaan Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition adalah mirip dengan yang digunakan oleh Xiaomi Smart Glasses tetapi dengan satu kelebihan iaitu paparannya berwarna. Sebagai cermin mata pintar ia diperlihatkan boleh menjadi penggera, melakukan panggilan video, menonton video, mendengar muzik, menjadi skrin telesidang dan turut merakam gambar menerusi kamera pada bahagian hidung.

Sekiranya pengguna mempunyai sistem rumah pintar, kesemua peranti berhubung iOT boleh dikawal seperti membuka pintu. Menghidupkan serta membuka kereta juga nampaknya boleh dilakukan oleh Thunderbird Smart Glasses Pioneer Edition. Walaupun telah diperlihatkan, harga dan tarikh jualan masih lagi misteri.

Ini bukan satu-satunya kaca mata yang dilancarkan TCL tahun ini. Pada Jun yang lalu TCL NXTWEAR G diumumkan dengan kemampuan memberikan pengalaman seperti menonton skrin 140″.

Sumber Sparrownews


Komen ()