iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1 dan tvOS 15.1 Boleh Dimuat Turun 26 Oktober

Diterbitkan pada Okt 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1 dan tvOS 15.1 akan diberikan pada 26 Oktober hadapan yang juga merupakan hari yang sama kemas kini macOS Monterey diberikan kepada semua. Antara ciri menarik yang baik ditawarkan menerusi kemas kini ini ialah sokongan ProRes pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang menawarkan rakaman video pada tetapan tertinggi tetapi saiz fail yang besar.

Selain itu sokongan ciri SharePlay yang membolehkan kandungan video dan audio dinikmati bersama rakan menerusi FaceTime juga dijangka tiba dengan iOS 15.1 dan iPadOS 15.1. Akhir sekali sokongan menambah sijil vaksinasi Covid-19 ke dalam Wallet juga akan diaktifkan Selain itu seperti biasa kemas kini sistem operasi akan menampal pelbagai kerentanan serta pepijat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami