Oppo Pula Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Sendiri Seperti Samsung, Apple dan Google

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung, Apple dan Google sudahpun menggunakan cip keluaran sendiri dengan parameter yang ditetapkan sendiri oleh mereka. Dengan cip kendiri, proses kemas kini dapat dilakukan dengan lebih lama serta dapat menumpukan kepada bahagian yang lebih dipentingkan. Menurut laporan Nikkei, Oppi kini dalam proses membangunkan cip peranti pintar mereka sendiri.

Oppo Qualcomm

Cip ini dipercayai akan menggunakan teknologi 3nm TSMC dengan sasaran dikeluarkan seawal 2023 atau selewat-lewatnya 2024. Selama ini Oppo menggunakan SOC keluaran Qualcomm dan MediaTek pada peranti keluaran mereka. Sekiranya laporan ini menjadi benar, Qualcomm kehilangan satu lagi pelanggan utama.

Setakat ini penggunaan cip keluaran sendiri oleh syarikat dari China terhad kepada cip pemproses imej sahaja seperti Surge C1 oleh Xiaomi dan V1 oleh Vivo. Mungkinkah kelak semua pengeluar utama akan menggunakan cip sendiri sahaja untuk memberikan kawalan lebih baik?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami