Carian
Siri Redmi Note 11 Akan Dilengkapi Sokongan Pengecasan Pantas 120W
October 25, 2021 Amy Maizuraa

Siri Redmi Note 11 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 28 Oktober 2021. Penggunaan perkataan siri padanya jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa model berbeza yang bakal tiba. Setakat yang diketahui, ianya terdiri dengan Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+.

Menjelang pelancaran rasmi, Redmi dilihat mendedahkan beberapa lagi ciri utama pada peranti. Di mana, kesemua model di bawah siri ini akan menawarkan sokongan pengecasan pantas 120W. Ini sekaligus mengiyakan spekulasi yang tular sebelum ini.

Ia juga adalah penawaran yang sama boleh ditemui pada Xiaomi 11T Pro dan Mi Mix 4 yang mana kini hadir ke siri peranti Redmi pula. Namun begitu, Redmi tidak pula menyatakan model manakah yang akan disertakan sistem pengecasan yang dinyatakan ini secara khusus.

Dalam perkembangan berbeza, siri Redmi Note 11 juga didatangkan dengan sokongan NFC, bluetooh 5.2, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 6, IR Blaster, motor linear paksi-X dan sistem penyejukan yang baik.

Di samping itu, sesi pratempahan untuk peranti ini juga telah pun dibuka melalui platform penjualan digital popular di China, JD.com. Pun begitu, tiada sebarang informasi berkaitan spesifikasi peranti yang disertakan.

Sumber : Weibo

Komen